Monday, December 20, 2010

Zahid Hamidi balun Guan Eng , DAP alat negara asing


Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya adalah bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana dakwanya, parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.

Sambil menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain, beliau berkata, golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.

"Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.

"Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.

Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menempelak tindakan Guan Eng menuduh Utusan Malaysia serta BN sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat.

Katanya, BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.

Link

DAP sebenar peralat 3R 
Guan Eng dikecam tidak layak ukur kerakyatan seseorang 

Komen PB 

Ini yang UMNO harus lakukan ! Respon dan balun saja setiap tuduhan Guan Eng celaka haram jadah ini . Kalau Zahid Hamidi iaitu seorang Menteri Pertahanan menyatakan DAP alat negara asing , memang tidak disangkal lagi parti chauvinis ini memang patut diharamkan . Tindak tanduk mereka jelas merbahaya dan Singapura menjadi kiblat utama mereka .

Sebenarnya pemimpin DAP lah yang memperalatkan 3R ini sejak dahulu menggunakan pendekatan itu berkenaan bagi meraih sokongan rakyat terutama orang Melayu .Pemimpin DAP sejak sekian lama telah memainkan isu 3R dan ini terbukti apabila mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak menghiraukan usaha memartabatkan Sekolah Kebangsaan.
Selain itu , mereka juga sering menghina kedudukan raja-raja Melayu dan ini jelas apabila baru-baru ini mereka mempertikaikan persetujuan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk BN membentuk kerajaan di negeri itu. Manakala dalam agama Islam pulak , mereka juga mempersoalkan peruntukan besar Kerajaan Pusat bagi membina dan menyelenggara masjid pada tahun lalu ketika di Parlimen . Fikir-fikirkan lah .........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...