Wednesday, December 22, 2010

Janji pembangkang hanya cakap kosong - Tiong Lai

Janji yang dibuat pakatan pembangkang adalah tidak relevan kerana banyak perkara yang dinyatakan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, janji parti pembangkang untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma umpamanya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan dengan amat berjaya.

''Kerajaan BN telah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh melalui hospital, klinik kesihatan, klinik desa, klinik 1Malaysia dan klinik bergerak 1Malaysia.

''Kejayaan BN dan transformasi yang dilaksanakan merupakan sesuatu yang boleh dilihat oleh semua rakyat manakala janji parti pembangkang hanya cakap-cakap kosong sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bakul-bakul makanan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat di Klinik Kesihatan Bukit Changgang di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin pembangkang pada satu perhimpunan Ahad lalu memberi beberapa janji termasuk akan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tol lebuh raya sekiranya mereka memenangi pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, janji untuk menghapuskan ISA tidak relevan kerana kerajaan memang sedang berusaha untuk mengkaji semula akta itu.

''Perkara ini tidak perlu dibangkitkan kerana kerajaan memang mahu menggubal semula ISA," katanya.

[ Banyak lagi janji-janji manis yang ditaburkan oleh PAKATAN RAKYAT = PENIPU RAKYAT , contohnya Alaun Suri Rumah yang dijanji didalam Manifesto PRU12 2008 sebanyak RM1500 , tak ada pun sampai sekarang suri rumah di Negeri Selangor tidak menerima apa-apa alaun pun yang dijanjikan oleh PKR. Didalam Parlimen P.036 baru-baru ni pun , janji nak bagi bantuan Kerusi Roda kepada pengudi , tak ada pun....kalau nak diceritakan lagi , memang banyak la janji-janji MANIS PR ni.....semunya hanya CAKAP KOSONG , HABUK TAK ADA..]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...