Wednesday, December 1, 2010

LANTIK CINA JADI NO.2 NEGARA

Para penganalisis politik percaya pengumuman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya umum nanti adalah satu retorik.

Pensyarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman meminta Anwar supaya membuktikan kebolehannya sebelum menaburkan janji-janji kosong.
"Anwar sepatutnya lebih baik berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan menawan Putrajaya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"Jika beliau gagal melakukannya atau tidak memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau hanya berdepan dengan situasi yang kurang senang dan malu dengan apa yang dijanjikan sebelum ini,'' jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada Jumaat lalu, Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily berjanji untuk memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Anwar.Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Anwar sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina bagi menghadapai pilihan raya umum yang dijangka pada tahun depan.
"Lagipun, berdasarkan pemilihan PKR baru-baru ini, kita boleh lihat bahawa sokongan bukan Melayu terhadap PKR sudah mula terhakis.

"Barangkali untuk meraih semula sokongan bukan Melayu, beliau cuba menjanjikan jawatan tersebut kepada Kit Siang yang merupakan antara individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di negara ini,'' katanya.


[ Tak pernah dibuat oleh pemimpin-peminpin sebelum ini untuk melantik Bangsa Cina menduduki kerusi no.2 pemimpin Negara. Ini sudah cukup menunjukan bahawa niat sebenar Anwar Ibrahim yang ingin menjual Agama, Bangsa dan Tanah Air kepada bangsa lain. Kononya untuk menunjukan bahawa Dibawah kepimpinan beliau kononya ADIL dan saksama untuk melambangkan bahawa Seluruh rakyat di Malaysia bersatu. Kerusi Nombor 1 Anwar Ibrahim , Kerusi Nomber 2 Lim Kit Siang , Kerusi Nombor 3. Karpal Singh ]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...