Thursday, December 23, 2010

Kerajaan biayai 100% projek MRT

Projek aliran transit massa (MRT) akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat, tetapi ia tidak bertanggungjawab untuk membayar tambahan kos pembinaannya.

Pembiayaan tersebut akan diuruskan oleh Perbadanan Menteri Kewangan, kemungkinan melalui penerbitan bon khas.

azlanIni diumumkan dalam taklimat media mengenai projek tersebut oleh Suruhanjaya Pengangkutan Darat Perkutuan (SPAD) yang menyelia projek tersebut.

Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri menganggarkan kos pembinaannya sebanyak RM48 bilion tetapi para pegawai SPAS "membisu" tentang kos sebenar projek tersebut.

Pengerusi SPAD, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, rakan kongsi penyampaian projek tersebut, (PDP) MMC-Gamuda JV Sdn Bhd menganggarkan pembinaannya sahaja akan menelan belanja RM36 bilion.

Menurutnya, jumlah RM36 bilion itu hanya untuk pembinaan dan tidak termasuk kos lain termasuk pengambilan balik tanah.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan menanggung kos tambahan daripada kerja-kerja pembinaan dan sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab MMC-Gamuda.

Bercakap dalam taklimat media tersebut, Syed Hamid berkata, itulah kebaikannya menubuhkan rakan kongsi penyampaian, berbanding dengan jika melantik kontraktor turnkey atau perunding pengurusan projek.

Projek RM36 bilion itu merupakan infrastruktur terbesar yang pernah dijalankan di Malaysia oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...