Monday, December 20, 2010

ISU AIR SELANGOR..KALID MESTI PANAS BACA ARTIKEL NI.

 SYABAS saya ucapkan kepada MB Selangor, Khalid Ibrahim. Beliau juara air Selangor. 

Ahad lalu ratusan ribu rakyat menjerit dan bengang kerana KL sesak teruk gara-gara Khalid dan geng-gengnya berarak ke Istana Negara. 

Ia dilakukan bagi membolehkan mereka menyerahkan lebih 100,000 tanda tangan kononnya daripada rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Begitulah dramatiknya perkembangan isu air di Selangor. Sehinggakan Yang di-Pertuan Agong pun turut dibabitkan dalam isu itu.

Yang bermain di fikiran saya ialah mengapakah MB Selangor ingin menghantar memorandum kepada Agong dan bukannya kepada sultannya sendiri, Sultan Selangor?

Apakah beliau telah mengetepikan adat budaya Melayu yang menghormati ketua di dalam negeri sebelum berbuat demikian di luar negeri (luar Selangor)? Ataupun beliau ketaq perut (takut) dengan sultannya sendiri? 

Saya juga terfikir adakah MB Selangor berasa tidak yakin akan mendapat pembelaan sewajarnya atas isu air ini jika memo itu diserah kepada Sultan Selangor, sedangkan boleh dikatakan majoriti penandatangan memo adalah rakyat Selangor?

Jika benar majoriti pengguna yang bersetuju itu adalah warga Selangor, maka sepatutnya dan selayaknya memo itu dipersembahkan terus kepada Sultan Sharafudin Idris Shah. 

Setelah mendapat perkenan Baginda barulah memo tersebut dibawa kepada Istana Negara.

Adalah tidak tepat membawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong kerana walaupun warga KL dan Putrajaya juga menggunakan air Syabas tetapi mereka bukan rakyat Selangor yang dipimpin Khalid. 

Pandangan saya berikutnya ialah kutipan 100,000 tanda tangan itu dibuat tanpa perancangan teliti. 

Seratus ribu tandatangan itu bukanlah mewakli 1.5 juta akaun pengguna air sedia ada, hatta jauh sekali dapat mewakili lebih enam juta pengguna air di Lembah Kelang atau juga tiga juta penduduk Selangor. 

Saya bersetuju dengan pandangan banyak pihak bahawa isu utamanya bukan berkisar kepada topik kenaikan tarif air (Kedah dan Pulau Pinang telah pun menaikkan tarif air mereka sebelum ini) ataupun isu air percuma, tetapi sebenarnya adalah berkisar di atas satu premis utama iaitu: 

Untuk mengambil alih syarikat bekalan air Selangor iaitu, Syabas! 

Khalid tak peduli dengan tindakannya itu walaupun semua pihak menentangnya termasuk kerajaan pusat, operator/pembekal air, persatuan pengguna, pakar air dan lain-lain. 

Alasan krisis bekalan air hanya akan berlaku di sekitar 2019, pembinaan loji air Langat 2 tidak perlu disegerakan, kualiti bekalan air sedia ada terlalu teruk dan sebagainya ‘yang dicipta’ dari semasa ke semasa untuk memaksa Syabas menyerah diri akhirnya menyemai perasaan simpati.

Difahamkan, operator air (Syabas atau Puncak Niaga) juga mempunyai senarai testimoni yang panjang yang diluahkan para pengguna yang berpuas hati dengan kerja-kerja seharian mereka yang cekap, cepat dan memuaskan. 

Pusat khidmat Pelanggan 24 jam (PUSPEL) juga mempunyai rekod yang baik walaupun sejak mutakhir ini tiada peruntukan mencukupi yang diterima Syabas daripada kerajaan (kerana tertangguhnya isu penstrukturan semula industri air) untuk menyegerakan pembaikan paip bocor dan lain-lain. 

Saya mencadangkan kepada pihak Syabas agar mereka juga mendapatkan kutipan tandatangan daripada lebih ratusan ribu pengguna yang ‘valid’ yang menyokong kewujudan mereka meneruskan tugas-tugas perbekalan air yang memuaskan selama ini.

Lepas itu, serahkan kepada Tuanku Sultan Selangor dan disalinkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jika itu berlaku barulah boleh dikatakan ‘buku bertemu dengan ruas!'

Saya tidak pasti apakah Khalid terlalu takut untuk bertemu dengan sultannya sendiri untuk menyerahkan memorandum seperti itu? 

Harapan saya, akhirnya perbalahan isu air itu tidak terus dipolitikkan demi kepentingan para pengguna yang kian cemas dan runsing ‘bala’ krisis air yang diramalkan oleh pakar-pakar air akan berlaku, semakin hampir menjengah di muka pintu. 

Jika itu berlaku kita pun akan ikut serta rakyat Singapura minum air yang diproses dari loji Indah Water!

artikel menarik zaini hasan dari utusan.salute !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...