Wednesday, December 1, 2010

Anwar ramal p'raya Mac 2011

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.
Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya.

[ Pandai je Aj-Juburi membuat andaianya agar menimbulkan rasa benci rakyat kepada pemimpin Nombor 1 Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan menyatakan kononya Perdana Menteri tidak ada dan tidak mempunyai mandat dari rakyat. Sedangakn dia terlupa bahawa Partinya kini telah mengalami kekurangan ahli makin hari makin ramai pulak yang keluar dari Parti...huhuhu.....]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...