Monday, December 20, 2010

Karpal Tahu Aktiviti Liwat Anwar Sejak 1997 – YB Zahrain


Karpal Singh sudah mengetahui aktiviti liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1997 dan pernah membangkitkan sebanyak tiga kali pada tarikh yang berbeza di parlimen, kata  Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain berkata, Karpal mengetahui kes salah laku Anwar lebih awal iaitu pada tahun 1997, setahun lebih awal daripada Anwar dilucut keahlian UMNO  pada 2 September 1998 yang disusuli dengan pendakwaan salah lakunya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Ketika Karpal membangkitkan isu itu, beliau merupakan Ahli Parlimen DAP di Jelutong, manakala Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
“Ada rekod Hansard Parlimen bertarikh 6hb dan 22hb Oktober serta 18 hb Disember 1997 di-mana Yang Berhormat Bukit Gelugor(Karpal), yang pada ketika itu (merupakan) YB Lion of Jelutong, mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda”, katanya di blog,zahrainmp.blogspot.com.
‘Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan YB Bukit Gelugor sebelum itu dan pada tahun sama (1997) dalam satu ceramah DAP di Federal Hotel di Kuala Lumpur, YB Bukit Gelugor sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” katanya lagi.
Kenyataan ini merupakan draf ucapan Zahrain yang sepatutnya dibaca di Dewan Rakyat semalam (17 Mac) bagi membahaskan usul syor dan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung pembohongan YB Permatang Pauh ketika perbahasan Usul Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak sempat dibacakan kerana tindakan Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Parlimen Pembangkang yang telah membelakangkan aturan dengan mempolitikkan perjalanan dewan.
Zahrain mengulas sikap pembohongan Karpal Singh yang satu ketika dahulu (pada tahun 1997) mendesak kerajaan menyiasat kes liwat Anwar, tetapi sekarang sanggup bersekongkol dan bersubahat dengan pembohongan Anwar.
“Tapi sekarang lain pulak cerita YB Bukit Gelugor(Karpal). Pusing 360 darjah! Beliau sanggup menghina Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan semata-mata untuk menegak-kan benang yang basah untuk YB Permatang Pauh”
Menurut rekod mahkamah, kenyataan Zahrain bertepatan dengan pengakuan Azizan Abu Bakar, bekas mangsa liwat Anwar yang mengesahkan pertemuannya dengan Karpal dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 3 Disember 1998.
‘Saya dan Ummi berasa amat takut apabila diekori oleh orang-orang yang tidak dikenali. Berkemungkinan ada kaitan dengan surat yang kami buat bertarikh 5 Ogos 1997,” kata Azizan.
”Sebelum itu saya ada menerima panggilan telefon daripada Anwar yang bertanya bagaimana saya boleh terlibat dengan pengakuan bersumpah dan perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri. Anwar amat memarahi saya. Setiap malam dan waktu siang, rumah saya di Rawang sentiasa diperhatikan oleh orang yang tidak dikenali.”, katanya lagi
Azizan memberitahu mahkamah bahawa dia bersama Ummi Hafilda Ali telah menemui peguam Karpal Singh untuk mendapatkan nasihat undang-undang kerana mereka sentiasa diekori selepas surat perihal salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Sila lihat kandungan Surat Ummi Hafilda serta pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang dihantar kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, bertarikh 5 Ogos 1997. Klik di sini
Dalam pertemuan yang diadakan di pejabat Karpal, di Lorong Pudu, Kuala Lumpur,  Karpal yang dianggap oleh Azizan sebagai peguam terbaik di bandar raya ini, telah menasihatkannya supaya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalahnya itu. Klik di sini
Dua tiga hari selepas pertemuan dengan Karpal, Azizan dan Ummi Hafilda telah ditangkap polis pada pada 17 Ogos 1997 kerana arahan Anwar untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu. Klik di sini
Menurut Hansard Parlimen bertarikh 6 Oktober 1997, Karpal pernah bertanya soalan ringkas, soalan No 29 :Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya.
Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal mencabar Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat salah lakunya :
Baru-baru ini,  Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu kereta (Azizan Abu Bakar) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau (Ummi Hafilda Ali). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam membahaya.
Mereka jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang telah dilafazkan oleh kedua-dua mereka ini merupakan isi kandungan dalam dua surat yang dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah serius terhadap maruah seorang pemimpin dalam negara ini, ‘bad warning’,  kerana Yang Amat Berhormat,  Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu, tidak ada pilihan lain kecuali satu pilihan iaitu membersihkan namanya.
Jika itu, bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini,  berlaku dalam surat layang. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang telah diberkas oleh polis. (Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar)
Jika tidak ada apa-apa asas, dan yang ditulis dalam surat itu tidak ada benar dalam pertuduhan ini, terdapat peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation.
Jika seorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan, seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.
Kenapa Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang telah dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat laporan polis.
Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mengaku diliwat serta mendesak Azizan dipanggil di parlimen membuktikan kata-katanya benar.
Ini adalah satu perkara yang telah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini mengenai dua surat yang ditulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Satunya adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober,
Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika surat ini tidak benar. Bolehkan Timbalan Perdana Menteri membiarkan dakwaan serius seperti dalam surat bersumpah berlaku ?
Butir-butir surat sumpah ini dan saya  merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau (Anwar) jawab adalah perkara ini  dalam tangan Peguam Negara.
Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa penjelasan daripada Peguam Negara. Tohmahan yang dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini:
‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah…
Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa?
Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini….
Selain menyentuh isu Karpal membangkitkan isu liwat Anwar di parlimen di parlimen, Zahrain juga turut menyentuh berkenaan status pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.
“Tidak perlu WikiLeaks atau Lee Kuan Yew memberitahu kita mengenai aktiviti kegemaran Yang Berhormat (YB) Permatang Pauh kerana Mahkamah Persekutuan Malaysia telah pun memperjelaskan isu ini dengan begitu terperinci,” katanya.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, meskipun kenyataan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah jelas mengenai perilaku tertuduh namun kedua-duanya tetap dibebaskan berdasarkan percanggahan teknikal berhubung tarikh dan masa kejadian.
“Izikan saya mengungkap penghakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2hb September 2004 berhubung kes liwat Yang Berhormat Permatang Pauh dan adik angkat beliau Sukma Darmawan.
Quote“…we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen,– Sept 2, 2004. – Yang Arif Hakim DATO’ ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMAD (Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia),”
“Walaupun kenyataan Hakim yang arif adalah jelas tentang perilaku tertuduh namun kedua-dua tertuduh tetap dibebaskan berdasarkan percanggah teknikal berhubung tarikh dan masa kejadian”, katanya lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...