Monday, December 20, 2010

gambar dan maklumat aku petik daripada bloger sahabat gunung. mohon izin salin tampal sahabat.

pertanyaan aku ?

mana perginya suara pas dalam mempertahankan rumah ALLAH ?
tak buat demo ke ?
tak guling-guling atas jalanraya ke ?

FAKTA DIBAWAH DIPETIK DARIPADA BLOG SAHABAT GUNUNG.

Kami kariah Islam Rawang cuku kecewa dengan tindakan yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah Gombak kerana telah mengeluarkan lapan geran berasingan ke atas tnah rizab Surau Al-Hidayah Pekan Rawang kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan dalam siri semula Bandar Baru Rawang, ujar Pengerusi Surau Al-Hidayah Pekan Rawang, Haji Bing Selamat Amir.

“Geran-geran ini telah didaftarkan pada 26 Jun 2009, dan syarikat yang dimaksudkan ialah SAP Holding Berhad. 

Pihak kami telah membuat bantahan tentang hak rizab surau ini supaya dikekalkan sejak 1999 lagi, dan pada 17 Januari 2003.

pihak Pejabat Tanah Daerah Gombak telah mengarahkan SAP Holdings meminda pelan pertapakan dan pelan pra-hitungan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor Bil B11/24/97/PD dengan mengekalkan tapak masjid selaras dengan keputusan EXCO MTES Bil 4/2001 bersesuaian dengan keputusan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 2 Januari 2002,” ujarnya kepada pemberita selepas demontrasi aman yang dibuat di perkarangan Masjid Al-Hidayah sebagai bantahan atas keputusan Kerajaan Negeri.

Dalam masa yang sama, mereka juga hairan dan sedih apabila syarikat Mahumas Sdn Bhd yang bertindak sebagai pemaju pada 19 Oktober 2010 mengeluarkan notis mengarahkan agar mengosongkan tapak Surau Al-Hidayah dan aktiiti perniagaan di atasnya.

“Tarikh akhr pengosongan adalah selewat-lewatnya 30 November 2010 di atas alas an tapak ini adalah kepunyaan Mahumas Sdn Bhd dan akan memulakan pembinaan projek di atasnya tidak lama lagi. 

Kami telah berbincang dengan pihak SAP pada 30 November mengenai persoalan surau ini tetapi malangnya pihak CEO SAP sering mengelak dari memberikan sebarang jawapan dan keputusan,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah berpandangan bahawa pihak Mahumas, SAP , pejabat Tanah Daerah Gombak dan krajaan Selangor tidak prihatin tentang sensitivity orang Islam khususnya di Rawang dengan memecah lot tanah rizeb surau dan mengeluarkan geran kepada sebuah syarikat swasta milik kerajaan negeri, maka pihak Badan Bertindak Surau AL-Hidayah akan mengambi beberapa tindakan drastik.

“Kami akan membuat laporan polis dan SPRM kerana terdapat kesangsian terhadap pengeluaran geran memandangkan Pejbat Tanah Daerah Gombak ada membuat arahan supaya SAP meminda pelan petapakan dan pelan pra-hitungan dengan mengekalkan tapak masjid/surau,” tambahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...