Friday, December 17, 2010

Pakatan Rakyat cadang heret Speaker ke mahkamah


Inilah dia Pakatan Rakyat yang kononya ingin membuktikan bahawa Dewan Rakyat tidak memberi peluang kepada Pembangkang agar isu APCO diperusulkan didalam dewan. rakyat. Namun setelah dewan Rakyat memutuskan bahawa Anwar Ibrahim beserta beberapa orang kananya di gantung untuk menyertai persidangan Dewan Rakyat selama 6 Bulan , namun Dewan Rakyat di cemuh dan dihina kerana menjalankan undang-undang yang tidak seimbang. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar satu memorandum bantahan berhubung pergantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain daripada persidangan parlimen kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Memorandum tersebut dihantar oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadailan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Ketiga-tiga mereka berjalan kaki dari Bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut.
Sebelum itu berlaku kekecohan di hadapan bangunan Parlimen apabila berlaku kejadian tolak menolak antara anggota polis dan kira-kira 30 penyokong PKR hingga menyebabkan dua anggota parti itu ditahan.

Dua yang ditahan adalah anggota exco AMK, Lee Khai Loon dan Ketua Penerangan PKR Padang Serai, G Pravin yang juga anak Ahli Parlimen Padang Serai, G.Gobalkrishnan.
--LAGI

PKR-MEMORANDUM 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.

Sementara itu, Yusmadi berkata memorandum hari ini dihantar bagi membuat aduan berhubung ketidakadilan usul yang dikemukakan terhadap Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.
 

Ini lah dia sikap sebenar BINATANG peliharan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan kekecohan di Luar dan didalam Dewan Rakyat. 

Adakah ini wajah pemimpin Negera yang sebenar pada masa akan datang....

Fikir-fikirkan dan Renung-renungkan.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...