Friday, December 17, 2010

Tak Tentu Arah : MP Pakatan Rakyat


Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

NONEUsul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.
Terdahulu persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. 

Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.

NONEWakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya 'BN sokong Apco', 'Selamatkan dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apcomenjadi 'mangsa serangan' kerana didakwa tidak berperanan dengan adil. 

Walaupun tertekan, Pandikar cuba bertenang di kerusi nya dan membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: "Keputusan saya muktamad." 

Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya. 

Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil pembangkang yang melaungkan perkataan 'undur' dan 'zalim' ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum semua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.



















[ Ini lah dia siapa Anwar Ibrahim bersama kuncu2nya yang sengaja menimbulkan ketengangan didalam dewan rakyat tempoh hari. Sengaja menimbulkan kontreversi agar rakyat menilai bahawa kerajaan didalam Dewan Rakyat ingin menafikan bahawa Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Copay Paste dari Konsep 1 Israel sekaligus mengaitkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang intim bersama kerajaan Israel. Itu lah dia niat sebenar Anwar Ibrahim Ketua Pembakang Merangkap Adun Permatang Pauh Pulau Pinang. Usul tersebut juga di sokong taat setia oleh beberapa pemimpin yang senantiasa membontoti Anwar Ibrahim iaitu, Azmin Ali , Sivarasa, dan juga Karpal Singh.]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...