Monday, December 20, 2010

DAP & PAP ada persamaan strategi tarik sokongan Melayu ?

PB cukup tertarik dengan artikel terbaru oleh YB Zul Nordin " Hilang Sejarah Hang Nadim " yang menjelas sikap sebenar PAP di Singapura yang merancang strategi untuk berkuasa .
Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi Melayu lebih daripada Melayu . Strategi mereka dengan masuk masjid turun masjid untuk mendekati bangsa Melayu jelas berkesan . Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

Gambar di bawah menunjukkan bukti bagaimana Godfather Guan Eng dari Singapura ini cuba menawan hati orang Melayu sehingga memakai songkok ketika berkempen .

Kit siang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kit siang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.

Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.klik di sini selanjutnya 


Hari ini , adik mereka DAP pulak mencatur strategi untuk memenangi hati orang Melayu seperti mana dilakukan oleh abangnya PAP di Singapura . Apa yang dilakukan Kuan Yew di sana dengan turun masuk masjid jelas telah dilakukan sekarang oleh Guan Eng di PP dan DAP di Malaysia !!

Fikir-Fikirkanlah ........

Bulan Ramadhan lepas, banyak masjid di PP dikunjunginya untuk berbuka puasa .


Adakah Guan Eng tiru cara LKY buat di Singapura ?


MP DAP Serdang yang mencetuskan kontroversi memberi tazkirah di surau
dalam keadaan tidak menutup aurat



gambar termahal Guan Eng yang blog tegar PAS puji sampai ke langit . Memang
betul-betul Khalifah lah bagi mereka kerana makan pun stail Zuhud Tok Guru ..

Adun Simpang Pulai pun pernah bertakbir raya



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...