Monday, December 20, 2010

DAP didakwa salur maklumat liwat Anwar kepada Singapura ?


Minggu ini , berita panas sudah tentunya mengenai pendedahan Wikileaks tentang aktiviti liwat Anwae yang diketahui oleh Singapura menerusi pemimpin mereka Lee Kuan Yew . Semua orang tentunya sedia maklum PAP yang memerintah negara itu adalah abang besar kepada DAP.

Hari ini , Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin mahu DAP penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew ini kerana DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Kuan Yew pada 1954.

Katanya, tambahan pula segala perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.

"Ramai rakan-rakan memberitahu maklumat kes liwat Anwar yang ada dalam genggaman DAP melalui Karpal sudah tentu disalurkan kepada Kuan Yew seperti yang dipetik WikiLeaks.

"Jika benar, ini membuktikan DAP berkonspirasi dengan PAP dalam memanipulasi Anwar bagi mencapai matlamat akhir mereka untuk menguasai politik tanah air melalui sokongan Melayu dan Anwar hanyalah platform," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Hamidzun yang juga Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin semalam, yang menyifatkan Anwar sebagai 'tunggangan' DAP.

Menurut Zulkifli, Karpal sendiri yang kini menjadi peguam bela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.

Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Justeru saya menuntut DAP supaya memberi penjelasan sama ada maklumat yang saya terima ini benar atau tidak," tegasnya.klik di sini selanjutnya 


Dakwaan terbabit tidak berasas - Guan Eng

Guan Eng pulak hari ini dalam kenyataan berang dengan tuduhan itu walaupun beliau selalu pergi ke negara mentornya itu dan berjumpa dengan LKY . Guan Eng jelas seperti biasa akan spin la ..

Dakwaan bahawa DAP menyalurkan maklumat kepada kerajaan Singapura mengenai keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akitiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks merupakan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata dakwaan itu sengaja dibuat bagi memburuk-burukkan parti itu.
 Beliau berkata tiada bukti menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan kerajaan Singapura khususnya pasukan risikan republik berkenaan.

“Ketika itu dari mana Wikileaks mendapat segala maklumat? Daripada hubungan diplomatik? 

“Pada masa ini, DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang kita (DAP) ada dengan pasukan risikan Singapura?,” katanya pada siding akhbar sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang kedua di sini hari ini.


Hubungan erat antara DAP & PAP telah lama wujud dan tidak perlu pun sebenarnya kuasa bagi membuat hubungan diplomatik . DAP adalah serpihan PAP ..Fikir-fikirkan lah ......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...