Thursday, February 10, 2011

PERAMPAS ..PENYELEWENG DUIT RAKYAT



 Langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei disifatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata, ini kerana membiayai kos perundangan Shuhaimi yang kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dakwaan menghasut, bukanlah satu urusan rasmi kerajaan negeri.

"Sewajarnya, dana kerajaan negeri atau mana-mana dana awam tidak dibazirkan bagi tujuan seperti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dituduh membuat kenyataan menghasut dan juga menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui blognya.

Pian Hon berkata, tindakan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah tidak wajar dan tidak tepat untuk dilakukan dalam pengurusan sumber kewangan kerajaan negeri.

Katanya, Shuhaimi sepatutnya menanggung sendiri kos perundangan tersebut tanpa melibatkan dana awam memandangkan perbuatannya itu dilakukan secara peribadi.

"Sekiranya ahli politik PKR itu tidak mampu mendapatkan khidmat peguam, beliau boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman.

"Dana wang kerajaan negeri tidak seharusnya digunakan bagi membiayai kos perundangan ahli politik yang membuat kenyataan peribadi seperti itu," jelas beliau.

Menurut Pian Hon, sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menarik balik keputusan membantu ADUN Sri Muda tersebut dan pada masa sama, memohon maaf kepada rakyat Selangor atas kesilapan berkenaan.

[ Ini lah dia Pemimpin PKR yang tak sedar diri dan tidak kenang diuntung. Suke-suke je belanja duit rakyat untuk membiayai kos Perundangan ADUN Sri Muda yang telah didapati bersalah dibawah Akta Hasutan. Nak membela pun pakai la duit dari saluran YAHUDI ISRAEL bagi kat korang. Jangan seleweng duit rakyat Negeri Selangor. Dalam kes ni dah TERANG lagi BERSULUH sejauh mana tahap pemikiran MB Selangor. Macam ni ke Pemimpin Negeri Selangor akan datang ....huhuhuh.....RENUNG-RENUNGKAN......]

Wednesday, February 9, 2011

BACOL.........

Sikap serta tindak-tanduk “kluk-klek” Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu debat sememangnya sudah dijangka kerana Menteri Besar Kelantan itu khuatir segala kenyataan yang mengelirukan umat Islam sebelum ini terdedah.


Rakan lama beliau yang kini bertugas sebagai salah seorang guru pondok di Kelantan, Ustaz Hj Zainal Abidin Awang berkata Nik Aziz akan mencari pelbagai helah dan alasan dalam usaha menggagalkan muzakarah atau pun debat yang kini menjadi perhatian umum.
Justeru beliau percaya hasrat umat Islam untuk melihat kebenaran yang akan timbul tidak akan berjaya dan Nik Aziz akan terus bermaharajalela mengelirukan umat Islam dengan pelbagai kenyataan karut-marut demi kepentingan diri dan politik kepartian Pas yang semakin hanyut dengan mimpi menawan Putrajaya.

“Panggillah apa nama sekali pun termasuk muzakkarah, debat, perbincangan meja bulat atau lain-lain nama yang sedap, saya percaya dan yakin Nik Aziz tidak akan berani untuk tampil ke depan.

“Jika beliau seorang yang berani dan benar-benar seorang pemimpin yang berjuang atas landasan Islam, sudah pasti cabaran bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris akan disahut dan terus menjadi realiti.

“Ini tidak…lain pula putar belitnya…Kata sedia berdebat dengan sesiapa sahaja tetapi bila disahut, keluar pula pelbagai syarat termasuk memperlekehkan pihak lain. Apa jenis ulama ni…Sanggup merendahkan orang lain dan letakkan diri sendiri di tahap yang begitu tinggi,” katanya.

Ustaz Zainal seterusnya menambah, Nik Aziz menggunakan Islam hanyalah semata-mata untuk menghukum orang lain, namun hukum-hakam berkenaan tidak termasuk untuk dirinya serta parti Pas itu sendiri.

“Islam seolah-olah hanya untuk Pas dan Pas itu seolah-olah Islam. Apakah hukumnya bagi Pas hari ini yang bekerjasama dengan DAP. Bukankah UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan setelah bekerjasama dengan MCA serta MIC pada satu ketika dahulu.

“Begitu juga dengan kenyataan beliau sebelum ini yang menyebut bahawa undi selain daripada Pas tergolong di dalam golongan jahiliyyah. Begitu juga dalam bab undi Pas masuk syurga dan sebagainya lagi. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Ingatlah pembalasan Allah,”katanya

10 PEMIMPIN DAP TAWAU KELUAR PARTI SERTAI BN

Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai parti gerakan, satu daripada komponen BN.

Tindakan 10 orang parti pembangkang yang diketauai James Leong itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Naib Presiden berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kedalam parti Gerakan kepada Pengerusi BN SAbah yang juga Ketus Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew Yun Fah.

Mereka mengambil langkah keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji.

James yang sudah 10 tahun bersama Dap berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.

Parti pembangkang DAP sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa dinegeri itu dan tindakan pemimpin DAP menunjukan kelemahan parti itu menyelesaikan dan memperjuangkan masalah rakyat.

Sehubungan itu Ketua publisiti DAP percaya dan yakin lebih ramai lagi pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.

Tan Sri Liew yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.

Masyarakat Cina dikawasan kini mula sedar bahawa hanya BN yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat dikawasan berkenann. - Bernama

Memang baguslah mereka mengambil tindakan sebegitu, kerana lama-kelamaan rakyat pasti akan menyedari siapakah sebenarnya yang akan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas. DAP memang pandai berputar alam macam cikgu penasihatnya, Anwar, mengajar berjalan senget macam ketam.

DAP hanya pandai berjanji manis kat rakyat Sabah tetapi sebenarnya habuk pun tarak. Cakap tak serupa bikin. Cuba kita tengok Negeri Pulau Pinang, rakyat memohon Ketua Menteri, Guan Eng membenarkan siapa saja untuk berniaga demi mencari rezki tidak kira mereka Melayu, Cina dan India selain meminta Ketua Menteri itu memberi layanan yang adil dan sama rata kepada semua kaum.

Harap Ketua Menteri Guan Eng berlaku adil kepada sekelian rakyat Pulau Pinang, dan memberikan mereka peluang untuk mencari rezki denngn berniaga kecil-kecilan di situ.

NIK AZIZ DINASIHAT LETAK JAWATAN

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz dinasihatkan letak jawatan kerana selalu membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat dan tidak sesuai baginya untuk memperjuangkan Islam jika berkecimpung dalam dunia politik.

Faktor usia juga memainkan peranan kerana beliau didakwa sudah tua dan sepatutnya berehat dirumah daripada memikirkan masalah politik yang melanda dalaman parti, dan didakwa juga tidak telus kerana Islam yang dibawa Nik Aziz selalu menyelitkan unsur politik bertujuan menjaga kepentingan parti.

Nik Aziz harus sedar kerana dunia politik boleh menghalang seseorang daripada terus berjuang mengikut landasan sebenar, kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan ini selalu menyebabkan masyarakat keliru, kerana sebelum ini beliau dikatakan menyahut cabaran berdebatkan kononnya, akan tetapi kemudian menolak pula dengan memberikan bermacam alasan dan bersyarat pula.

Sekarang Nik Aziz boleh digelar sebagai panglipurala yang selalu mengadakan dan memusingkan cerita agar sedap didengar oleh orang ramai agar kusyuk dengan apa yang cuba disampaikan, yang terselit sedikit motif politik  yang bertujuan mendapat sokongan rakyat. 

Makin lama makin mengarut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan ni, sehingga sanggup mengampu dan mengagungkan DAP sebagai rakan parti yang sentiasa menjadi batu penghalang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Sebenarnya jika seseorang individu yang benar-benar ikhlas membawa Islam dalam perjuangannya tidak perlu melibatkan diri dalam parti politik, kerana dunia politik boleh menghalang atau memesongkan seseorang daripada mengikut landasan sebenar.

Seharusnya Nik Aziz letak jawatan sahaja kerana faktor usianya yang semakin lanjut, makin tua makin mengarut kenyataan yang dikeluarkan, adalah lebih baik diberikan saja yang lebih muda dan lebih matang memikirkan pula masalah parti beliau.

PKR dijangka berkubur

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka hanya mampu bertahan sehingga penghujung tahun ini sebelum terkubur seperti Parti Semangat 46, kerana ahlinya hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

Ia diburukkan lagi dengan desas-desus bahawa ribuan ahli PKR akan meninggalkan parti secara beramai-ramai sebelum hujung tahun ini berikutan krisis dalaman yang berterusan, selain kegagalan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji politik yang ditaburkan sebelum ini.

Bekas wakil rakyat PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jangkaan mengenai hayat politik parti yang diasaskan oleh Anwar itu adalah berdasarkan krisis dalaman yang melanda parti berkenaan di beberapa negeri termasuk di Selangor yang kini ditadbir oleh kerajaan PKR.

“Saya menjangkakan hayat PKR hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini kerana krisis hilang kepercayaan berterusan serta masalah dalaman yang melanda bukan hanya di Sabah tetapi turut melibatkan Perak, Pulau Pinang serta Selangor.

“Berdasarkan maklumat dalaman yang saya peroleh, pemimpin dan ahli PKR hilang kepercayaan terhadap 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). Ribuan daripada mereka akan keluar parti sebelum hujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang keluar parti dan menyertai UMNO berikutan hilang kepercayaan terhadap Anwar.

Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru menambah, krisis terbaru yang melanda PKR Sabah menjadi bukti jelas bahawa keraguan mengatasi keyakinan dalam PKR.

Senario tersebut, jelas beliau, tidak akan memungkinkan parti itu bertahan lama, apatah lagi untuk mendapat sokongan rakyat.

“PKR ibarat retak menanti belah kerana bukan sedikit orang seperti Pajudin yang mengorbankan segala-galanya demi perjuangan parti tetapi akhirnya kecewa dengan sikap Anwar, ramai lagi bakal ikut langkahnya dan saya secara peribadi bersyukur kerana meninggalkan PKR lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari juga optimis bahawa PKR akan berkubur sebelum 2012 berikutan trend keluar parti secara beramai-ramai yang tiada kesudahan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, semua masalah itu berlaku disebabkan amalan politik tidak sihat yang diamalkan Anwar iaitu dengan cara mengugut, berjanji dan memujuk tanpa mengambil kira suara akar umbi, semata-mata demi memastikan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri tercapai.

“Beban politik ciptaan Anwar ini kemudiannya dipindahkan kepada pengerusi perhubungan negeri, sedangkan segala janji datang daripada mulut beliau sendiri yang akhirnya mencetus krisis dalaman parti apabila semakin ramai tidak berpuas hati.

“Saya optimis jika trend ini berterusan, jangkaan bahawa PKR hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini akan menjadi kenyataan melainkan ahli parti berani mengambil tindakan drastik iaitu memastikan 3A ini tiada lagi dalam parti,” katanya.

Tuesday, January 18, 2011

NIK NAJIS: LESEN ARAK


Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.


Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

[ Hahaha.....PB punya la terkejut dengan NIK NAJIS nak luluskan lagi lesen pengeluar ARAK di Kelantan , wah suprise....dulu bukan main lagi ARAK tidak dibenarkan di KELANTAN sekarang semenjak bersaudara dengan DAPIG'S wah..nak meluluskan aje lesen PENGELURAN ARAK...hahaha...kelakar....itu jugak kalau undi PAS MASUK SYURGA....UNDI PAS LAGI...entah la macam-macam MAIN NGAN BINI ORANG...hhuh.....] 

RENUNG-RENUNGKAN ..SELAMAT BERAMAL......

Friday, January 14, 2011

Ini lah Jadinya apabila DaPIG's.........SENDIRI MAU INGAT ...








Ini lah jadinya bila DaPIG'S menyalak tidak ubah seperti seekor anjing yang kehilangan tuanya. Didalam surat yang dihantar kepada Kepada Perdana Menteri yang mengaku bahawa dirinya sebagai Ahli MCA seumur hidup KONONYA menyatakan rasa tidak senang dengan AZAN. 

Walau pun Ng Kian Nam seorang peguam , adakah Ng Kian Nam tidak membaca apa isi yang tertulis didalam perlembagaan Malaysia yang dengan jelas telah menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Malaysia. Itu ditulis dengan jelas. 

PB membesar didalam kawasan tersebut lebih daripada 20 tahun PB di Pantai Dalam, belum ada lagi aduan seperti yang dibuat oleh Ng Kian Nam. Malah ada juga kaum cina yang lebih lama mendiami Pantai Hill Park tapi tak pernah pun mengadu ape-ape. Perkara ini jelas menunjukan bahawa Ng Kian Nam adalah bukan ahli MCA sebaliknya Ng Kian Nam adalah DAPIG's.....

So jangan macam-macam...... 

Apa NURUL EZZAH BUAT????


Ekoran daripada aduan seorang peguam yang BUKAN beragama ISLAM 

Kemana perginya puak-puak PAS yang kononya HEBAT sangat.Mana PERGINYA. 

PB membesar didalam Parlimen Lembah Pantai. Belum pernah ada mana-mana pihak yang mendiami kawasan tersebut membuat aduan AZAN menganggu ketenteraman awam. Puluhan tahun masjid tersebut dibina , daripada satu tingkat , kini sudah menjadi 3 tingkat belum ada lagi pihak yang membuat aduan.

Nurul Ezzah Ahli Parlimen Lembah Pantai , apa yang Nurul Ezzah buat ? Apa tindakan yang diambil oleh Nurul Ezzah demi menjaga Nama baik Agama dan Bangsa ? Tidak sejak dari awal lagi isu ini meletup di dalam kawasan Nurul Ezzah , Nurul Ezzah hanya berdiam diri.

Kemana pulak perginya PAS yang bergegar-gegar melaungkan semangat ALLAH HU AKHBAR? yang kononya menegakan ISLAM di MALAYSIA , seekor pun tak keluar menafikan bantahan yang di buat oleh Peguam YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM. Apsal dah makan suap ke dengan DAP.??? 

Sehinggakan AZAN dikatakan BISING ...MENGGANGGU ketenteraman Awam......Hari ini adalah Hari Jumaat , di khabarkan akan berlaku perhimpunanan selepas Solat Jumaat diahapan Majid Al-Ikhlasiah tersebut untuk membantah tindakan peguam BUKAN BERAGAMA ISLAM. 

[ Jangan hanya pandai sembang je la PEMBANGKANG, kempen sana sini bukan main lagi , tapi bila orang lain sentuh AGAMA ISLAM semuanya kecut perut dan hanya berkata... "ok tak pe KITA KENA JAGA MEREKA JUGAK" .....PUNDEK LA......jangan jadi BODOH la......PB nak tengok apa pulak tindakan puak PAS yang JAHANAM ni...]

  

Monday, January 10, 2011

ANAK LELONG GITAR ???

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempamerkan kemahiran muziknya untuk mengumpul dana untuk cabangnya, sebelum melelong gitar kesayangannya yang dihadiah 13 tahun lalu, oleh bapanya, beliau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dihadiahkan gitar kerana mendapat 8A dalam SPM. Ia antara segelintir hadiah yang diterima daripada bapa saya.

"Beliau jarang memberikan kami sesuatu, selain botol syampu daripada hotel beliau menginap," katanya disambut ketawa kira-kira 500 orang yang menghadiri majlis makan malam di Bangsar.

nurul izzah at fund-raising dinner for lembah pantai pkr playing the guitar frontGitar akustik Alvarez itu berjaya dilelong dengan harga RM12,000 kepada pembida yang mahu identitinya dirahsiakan.

Nurul Izzah sempat menghiburkan penonton dengan petikan lagu-lagu kumpulan rock alternatif Inggeris Radiohead.







[ Mengapa ini jadinya. Cabang tiada peruntukan dari yang tertinggi PKR. Sebab PKR tiada modal untuk terus berjuang , ini juga adalah petanda bahawa akan lumpuh lah PKR lembah Pantai tidak lama lagi. 

Ini juga telah jelas menunjukan bahawa PKR pusat sudah kekeringan Duit untuk diagihkan kepada Cabang-cabangya yang tumbuh seperti "HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU". Ini kah pemimpin yang bakal menerajui NEGARA??? PB tidak terfikir bahawa mereka akan mentadbir Negara dengan baik. 

PB tidak berfikir bahawa itu akan berlaku. Sedangkan Anwar Ibrahim Dilantik sebagai penasihat Ekonomi Negeri Selangor pun tidak ada ape-ape pun yang berlaku dalam Negeri Selangor. Nak kata berkembang pesat lebih daripada apa yang kerajaan sebelumnya telah buat , tak ada jugak.Still mcm dulu jugak....]

TENUNG-TENUNGKAN .....

JANGAN SAMPAI SENJATA MAKAN TUAN.....

Datuk Mohd Khusrin Munawi selesai angkat sumpah taat setia di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Cuma tinggal majlis ikrar simpan rahsia depan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja bagi melengkap proses jawatan dan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru yang sudah jadi kontorversi sejak 27 Disember lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melalui mesyuarat Exco pada Rabu memutuskan, majlis itu tidak akan diadakan kecuali selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang dirancang akhir bulan ini.
Persoalan yang ramai inginkan jawapan adakah sidang yang kononnya atas nama mengembalikan kuasa Sultan Selangor itu mendapat perkenan baginda dan bolehkah dipinda tanpa majoriti dua pertiga?
Kerajaan PR Selangor sudah merancang pembentangan pindaan itu melalui Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah Be T. Loth Khan, peguam Datuk Param Cumaraswamy dan pensyarah undang-undang Prof. Datuk Abdul Aziz Bari.
Cadangan pindaan juga akan dipersembah kepada Sultan Selangor kemudiannya.
Soal perkenan tuanku Sultan, itu hak baginda dan tidak perlu diulas.
Mengenai majoriti dua pertiga ini, ramai yang tunggu dan lihat.
Malah, ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Khalid sendiri berkata: "Kita tunggu dan lihat."
DUN Selangor ada 56 kerusi dengan 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.
Ini bermakna kerajaan PR Selangor ada 35 kerusi, kurang dua bagi kuasa majoriti dua pertiga.
Itu belum ambil kira Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Khim, yang tidak boleh mengundi.
Bagaimanapun, ada satu perkara lain yang boleh “kita tunggu dan lihat” akan berlaku pada persidangan DUN kelak.
Apa kata tiba-tiba ada usul undi tidak percaya kepada Khalid – sebagai Menteri Besar?
Ini boleh berlaku jika wakil rakyat BN tahu menggunakan ruang dan peraturan DUN.

Silap haribulan boleh jadi kes senjata makan tuan.
Dengan mengemukakan usul tergempar, Speaker boleh menolak dan sebaliknya.
Namun ambil kira pandangan bahawa Chang Khim disenangi Sultan Selangor hingga memperkenan anugerah gelaran Datuk, wakil rakyat DAP itu boleh buat keputusan mengejut untuk menerima usul itu.
Mungkin ramai sudah tahu, Chang Khim bukan disenangi pemimpin DAP Selangor yang lain termasuk Pengerusi barunya, Teressa Kok dan juga Exco Ronnie Liu.
Selama ini, beliau juga dilihat bukan mesra dengan Dinasti Lim (Kit Sing dan Guan Eng) malah dalam pemilihan pimpinan baru DAP bulan lalu, Chang Khim hanya dalam senarai ahli jawatankuasa.
Cuma bagi menjayakan undi tidak percaya ini memerlukan sokongan wakil rakyat PAS.
Jika kesemua lapan wakil rakyat PAS menyokong usul ini, begitu juga ADUN Bebas Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah dicampur 20 undi wakil rakyat BN – Khalid boleh ‘bungkus’.
Adakah mungkin PAS akan berpaling tadah menyokong usul ini?
Jika ini berlaku, PAS yang untung kerana salah seorang daripada mereka terutama Datuk Dr Hasan Ali boleh dicadang dan disokong sebagai Menteri Besar baru.
Baru-baru ini pun, Dr Hasan sudah membawa barisan pimpinan PAS Selangor mengadap Sultan Sharafuddin – bermakna parti itu tiada masalah dengan istana.
Wakil rakyat BN boleh memberi laluan kepada Dr Hasan bagi menubuhkan kerajaan perpaduan kerana dengan sokongan PAS dan Bebas, bermakna 29 undi menyokong usul undi tidak percaya kepada Khalid.
PAS Selangor pun rasanya sudah lama ‘panas’ dalam PR ekoran macam-macam isu membabitkan PKR dan DAP tetapi PAS turut terpalit lumpur.
Dr Hasan pasti pilihan tepat menggantikan Khalid kerana mustahil Menteri Besar baru dari kalangan pemimpin PKR yang sudah melakukan macam-macam onar dan dianggap sesetengah pihak ‘derhaka’ kepada Sultan.
Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali boleh ‘gigit jari’.
Mustahil juga dilantik daripada DAP kerana syarat Menteri Besar mestilah Melayu dan beragama Islam.
Andai ini boleh terjadi, Chang Khim juga boleh jadi wakil rakyat Bebas dan kekal sebagai Speaker.
Tidak guna beliau terus kekal dalam DAP yang tidak menjanjikan apa-apa kedudukan lebih tinggi dalam parti malah mungkin tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Adakah ini boleh terjadi? Beranikah Khalid teruskan niat adakan sidang tergempar jika usul tidak percaya terhadapnya akan dibentangkan?
Mungkin ada anggap ini mustahil tapi kata orang, dalam politik tiada yang mustahil.- Apapun, “ Kita tunggu dan lihat.”


Friday, January 7, 2011

MENGAPA AZIZAH TERUS BERDIAM DIRI????

Sehingga saat ini, PB masih tertanya-tanya dan tanda tanya itu menjadi makin besar pulak. 

Mengapa Azizah masih berdiam diri berkenaan dengan Kes dan Tuduhan Liwat Suaminya.sebagai seorang isteri yang bermaruah dan berwibawa, Wan Azizah sepatutnya bertindak balas terhadap semua dakwaan berkenaan termasuk pendedahan Datuk S. Nallakarupan bahawa Anwar merupakan seorang 'pelacur politik.'

Tetapi mengapa Wan Azizah terus berdiam diri. Diam...dan Diam....dan DIAM......MENGAPA....adakah benar disebalik tuduhan yang dibuat keatas suaminya? Atau setia kepada perintah suami agar berdiam diri kerana Kes tersebut adalah BENAR.


cukup hairan kenapa Wan Azizah masih membisu apabila Nallakarupan mendakwa Anwar adalah 'putar alam' yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi akhirnya menjadi 'pelacur politik.' Sikap membisu beliau ini akan membuatkan orang ramai percaya apa yang didakwa oleh Nallakarupan itu ada asas dan kebenarannya.




Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mempersoalkan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang terus membisu mengenai pelbagai dakwaan termasuk yang berbentuk peribadi mengenai suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Nallakarupan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dalam laporan itu berkata, sepanjang persahabatannya dengan Anwar selama 30 tahun, banyak rahsia Penasihat PKR itu yang diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.


Menurut Nallakarupan, sebagai warganegara yang sayangkan negaranya, beliau sedikitpun tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran Anwar dalam apa bentuk sekalipun.


Wednesday, January 5, 2011

Isu lantikan SUK: 300 tuntut Khalid letak jawatan

Tiga ratus penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah (SAAS) di Shah Alam, hari ini bagi membantah cara kerajaan negeri menangani pengendalian pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Mereka juga menuntut perletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana membantah pelantikan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderhakaan.
"Khalid adalah pengkhianat kepada Raja-raja Melayu. Beliau menipu rakyat dan memburukkan imej pentadbiran awam kerana kepentingan politik,” kata Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

Selain Gaps, antara yang terbabit dalam protes hari ini adalah ahli Umno, PERKASA dan Pemuda MCA.

[ Rakyat Selangor Semakin tertekan dengan tindakan Khalid Ibrahim yang sewenang2 melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru disabitkan tidak ubah seperti penderhaka. Perhimpunan ni sempat jugak PB hadir dan bertemu dengan beberapa orang ahli PKR yang berasa tidak selesa dengan tindakan Khalid Ibrahim dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan mengenepikan Sultan Selangor. Sempat jugak PB bertanyakan beberapa soalan kepada Ahli PKR tersebut sejauh mana sokongan mereka terhadap PKR Negeri Selangor, mereka dengan ikhlas menyatakan bahawa " Semakin Kurang , dan PKR semakin mengarut di dalam pemerintahan mereka di dalam Negeri Selangor . " ujar mereka lagi walaupun Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor namun tidak ada apa-aa perubahan yang dibawa baik di perkampungan mahu pun yang berada di bandar. Sama seperti zaman pemerintahan UMNO. Banyak perubahan yang berlaku malah Selangor menjadi Negeri paling kaya di Malaysia. Perkara ini fakta dan boleh di lihar secara jelas dan nyata. ]

RENUNG-RENUNGKAN.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...