Friday, December 17, 2010

Adun Tenang Kembali Kerahmatullah


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut bekas ahli parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahlipolitik Johor itu akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Labis hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.

Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...