Saturday, December 18, 2010

BUAT KECOH DI DEWAN RAKYAT, PEMBANGKANG TIDAK SERIUS PERJUANG NASIB RAKYAT

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas berkata wakil rakyat pembangkang tidak serius dalam memperjuangkan nasib rakyat di Dewan Rakyat apabila hanya tahu membuat kecoh dan melakukan protes.


"Macam mana nak perjuangkan nasib rakyat kalau masuk dewan nak buat kecoh dan nak protes saja," katanya pada sidang media pada majlis penyampaian beg sekolah di Dewan Sekolah Air Putih Luar di sini petang semalam.



Dewan Rakyat Khamis lalu meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd. 



Perang mulut tercetus apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan tidak adil hingga menyebabkan suasana dewan menjadi kecoh. 



Kayveas berkata tindakan pembangkang itu menunjukkan satu tindakan biadap dan sengaja mahu mencetuskan huru-hara dalam Dewan Rakyat hingga dewan itu menjadi seperti sarkas ekoran sikap ahli pembangkang yang amat teruk.
"Tindakan mereka ini seolah-olah macam monyet seperti yang saya telah katakan pada sidang Dewan Rakyat pada 2008.



"Tapi mereka marah kepada saya dan mahu saya dilucutkan daripada hadir di Dewan Rakyat. Tapi sekarang hakikatnya telah berlaku apabila wakil rakyat Pembangkang mengetuk meja dan keluar dewan," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...