Wednesday, December 22, 2010

Guan Eng pengecut, enggan bincang isu kubur

Forum Penyelarasan Umat (Forum) menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana enggan bertemu mereka berhubung isu tanah kubur.


Timbalan Pengerusi Forum, Mohamed Hafiz Nordin berkata, biarpun beberapa pertemuan dirancang, Setiausaha Agung DAP itu bagaikan tidak mahu melayan kehendak mereka.


Malah menurutnya, Forum sendiri pernah beberapa kali menghantar surat untuk berjumpa Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu yang membelenggu orang Melayu dan umat Islam di negeri itu tetapi tiada sebarang maklum balas positif.


"Forum juga kesal dengan tuduhan liar Guan Eng yang mendakwa kami ada kepentingan dalam menyelesaikan isu Lot 21 dan 22 di Jelutong yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.


"Kami bertindak atas dasar untuk mempertahankan umat Islam dan orang Melayu yang semakin tertindas dengan tindakan beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Forum diwakili oleh beberapa NGO Islam di Pulau Pinang antaranya Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan), Persatuan Sukan India Muslim dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).


Sumber : UtusanMalaysia 


[ Macam mana nak bertemu dan berdebat mengenai ISU TANAH KUBUR.....bukan dia amik berat pun pasal ORANG-ORNG MELAYU ISLAM dalam PULAU PINANG...yang dia tahu CANTAS semua orang melayu yang ada...TIDAK MUSTAHIL pertemupran antara KAUM bakal tercetus di PULAU PINANG satu hari nanti....sebab apa PB menyatakan bagitu , sebab orang-orang MELAYU ketika ini sedang menahan hati marah mereka kerana HAK MELAYU di PULAU PINANG sudah tiada lagi.....pelbagai hak MELAYU telah di CABULI oleh si PENGECUT LGE ni...perhatikan sahaja sejak dari awal LGE mentadbir Pulau Pinang , apa dah jadi dengan ORANG-ORANG MELAYU.......sebab itu LGE mengelak untuk ditemu bual dan mnegupas ISU TANAH KUBUR di PULAU PINANG....]

1 comment:

Anonymous said...

LGE ni apa dia tau bab mati hidup org melayu. Cuba tanah cina nak buat kuboq mewah dah lama dia enjoy sakan, ni tanah org melayu mana dia tau nak kompromi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...