Monday, December 20, 2010

Namewee Mamat si mangkok hayun ni ada hati nak jumpa PM pulak!

Selepas mempermainkan lagu Negaraku, mempersendakan azan Subuh dan sebagainya, Mamat ni terlepas dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya! Kemudian Mamat yang celupar dan beraksi 'kurang ajar' menjatuhkan maruah seorang pengetua sekolah dan juga memperlekehkan Kementerian Pelajaran juga sekali lagi terlepas dari diambil tindakan!
Kita ingin bertanya menteri berkenaan, apakah kesemua kesalahan ini tidak melibatkan kerajaan dan sensitiviti perkauman dinegara ini?

Sudah berbulan-bulan dan desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak untuk tindakan ke atas Mamat ini yang celupar dan beraksi 'kurang ajar' menjatuhkan maruah seorang pengetua sekolah dan juga memperlekehkan Kementerian Pelajaran! Setelah menunggu sejak sekian lama, ini sahaja jawapan 'terbaik' yang boleh diberi oleh seorang menteri kanan. 

Kita merasa amat terkejut, kecewa dan amat marah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyatakan kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee kerana tidak melakukan sebarang kesalahan kepada kerajaan! Teryata ianya amat mengecewakan.

Namun semalam Mamat ini tanpa segan silu pergi ke Parlimen untuk bertemu sekali lagi dengan Datuk Nazri! Ianya mencetuskan rasa kurang senang khalayak ramai terhadapnya. Kali ini dia tampil di bangunan Parlimen untuk berjumpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tanpa mengikut etika berpakaian yang sebenar iaitu hanya berbaju T tanpa tali leher serta memakai tutup kepala dengan imej rapnya. Yang menghairankan bagaimana pihak yang menjaga keselamatan Parlimen membenarkan Mamat itu masuk tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.

Yang menerima kunjungan pula, seorang menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen. Mungkin alasan yang diberikan nanti adalah Mamat Namewee mangkok hayun ini tidak memasuki dewan. Semua mengetahui jika hendak memasuki bangunan Parlimen, seseorang itu perlu memakai tali leher bersama kemeja berlengan panjang. Sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun daripada memasuki bangunan itu. Persoalannya sekarang adalah bagaimana Mamat ini boleh terlepas!

Sememangnya pelik, apakah istimewanya Mamat Namewee ini sehingga boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang dia! Diberitakan Mamat Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta bantuan kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Dilapurkan bahawa Mamat Namewee ini ada hati pula nak berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatakan niatnya membantu Perdana Menteri mempromosikan kempen 1Malaysia melalui muziknya. Siapa kamu Namewee yang nak jumpa Perdana Menteri! Cermin dulu diri kamu sebelum nak berjumpa dengan PM. Sikap kamu sudah banyak menyakitkan hari orang Melayu dan juga orang Islam dinegara ini!

Yang peliknya Datuk Mohamed Nazri sanggup pula hendak membawa perkara tersebut ke dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini dan memberitahu Perdana Menteri tentang hasrat Namewee itu.

" Namewee datang berjumpa saya hari ini bagi meminta bantuan kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. Dia juga berhasrat berjumpa Perdana Menteri bagi menyatakan niatnya membantu mempromosikan kempen 1Malaysia.

Perghh...berasap telinga apabila mendengar kenyataan dari seorang Menteri Kanan kerajaan yang sanggup untuk membawa hasrat Mamat Namewee Bangsat ini untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Tindakan Datuk Nazri seolah-olah hendak mempersembahkan " satu bau hanyir " yang walaupun sudah dibasuh, disentai, digosok tetapi baunya tetap tidak akan hilang kepada Datuk Seri Najib, Perdana Menteri kita?

Satu persoalan kepada Datuk Nazri, adakah generasi muda yang 'kurang ajar' dan tidak menghormati perasaan kaum lain sebegini yang kita mahu tonjolkan dan pupuk dalam wawasan 1 Malaysia? Apakah keistimewaan Mamat dari Muar ini? Kita berpandangan sebarang keputusan yang dibuat seharusnya berlandaskan fakta kes.

Kita juga kadang-kadang tertanya-tanya jika sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh pemuda Melayu, adakah tindakan yang sama akan diambil? Atau pendakwaan akan terus dibuat tanpa memberi peluang memohon ampun dan maaf?

Kita tidak mahu pendakwaan dibuat secara terpilih seperti beberapa isu sebelum ini seperti isu 'kepala lembu' dan berpuluh-puluh laporan polis yang telah dibuat berkenaan mempersendakan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah isu yang melibatkan orang Melayu dianggap tidak penting, remeh dan boleh ditangguhkan? Tindakan segera pula perlu diambil jika melibatkan kaum Cina dan India? Kita juga amat menyokong tindakan PERKASA yang membawa isu -isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 

Dengan keputusan kerajaan ini, kita juga tidak mahu akan ada berpuluh-puluh lagi Namewee selepas ini dengan aksi dan kata-kata lucah sesuka mereka sahaja kerana tiada tindakan. Orang Melayu pula akan merasa kecewa dan seolah-olah dipinggirkan

Namewee bangsat pencipta klip video kontroversi itu menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu.

Selepas melihat tiada apa-apa tindakan tidak diambil terhadapnya, Mamat Namewee bangsat ini berkata , dia merupakan rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara serta tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video yang dihasilkannya.

Antara video yang saya hasilkan mengenai Malaysia adalah negara terbaik di dunia tetapi media hanya menyiarkan kesalahan yang saya lakukan. Saya tak berniat menyakiti hati sesiapa, kalau ada tolonglah maafkan saya. 

Sesungguhnya segala tindakan kamu Namewee selama ini memang tidak dapat dimaafkan oleh rakyat negara ini terutamanya oleh orang Melayu. Setelah kamu menguris-guris perasaan orang-orang Melayu, cukup mudah kamu hendak meminta maaf! Tindakan kamu seolah-olah melempar batu, sembunyi tangan. Kamu telah menuang minyak ke dalam api dan jangan harap kamu dengan senang boleh memadamkan api tersebut. Pandai buat, pandai tanggung. Kamu fikirkan lah!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...