Saturday, December 18, 2010

Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN

Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.

NONE
Menurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.



Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.



"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.


penang pakatan convention 211110 03

Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.



Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.




[ Kononya akan buktikan bahawa mereka adalah jauh lebih baik didalam Konvensyen di Pualu Pinang Esok....apa yang jauh lebih baiknya......buktikan la......TERBAIK merampas hak MELAYU .....TERBAIK...bagi makan anak BANGSA DENGAN HASIL JUDI......itu la kot yang terbaiknya.....Dalam PR siapa pembela nasib MELAYU.....??? Dalam PR Dari mana dapat sumber KEWANGAN........Tolong lah jangan nak memperbodohkan lagi MELAYU.....]

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...