Friday, December 17, 2010

PEMBANGKANG SEMAKIN TERDESAK JADIKAN DEWAN RAKYAT SARKAS POLITIK

Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat semasa pembentangan usul penggantungan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai kemuncak himpunan kejatuhan pembangkang yang semakin kucar-kacir.

kemuncak yang melanda pakatan pembangkang, kecoh di mana-mana..bermula kerana kekalahan pembangkang di Dewan Undangan kecil (DUN) Galas dan Batu Sapi kemudian Zaid Ibrahim keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pendedahan Wikileaks terhadap Anwar.



maka mereka telah jadikan Dewan Rakyat sebagai sarkas politik mereka. Ini adalah sesuatu yang amat tidak baik dan tidak beretika yang dibuat oleh ketua pembangkang dan penyokong yang tidak langsung menghormati dan tunjukkan budaya Malaysia yang bukan begitu

kaedahnya.




Kekecohan tercetus apabila wakil rakyat pembangkang membantah pembentangan usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung penggantungan Anwar. 

Anwar digantung daripada persidangan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd. 





Turut digantung selama enam bulan ialah R. Sivarasa (PKR-Subang), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina Dewan. Sementara itu mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya semakin terbatas Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata biarlah rakyat Kelantan sendiri yang membuat keputusan dan penilaian dalampilihanraya akan datang untuk menentukan pimpinan yang dikehendaki.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...