Monday, December 20, 2010

Ummi Hafilda Akan Bertemu Wan Azizah Membuktikan Anwar Ibrahim Dan Azmin Punya Cinta Sejenis



Sudah lama tidak mendengar khabar berita wanita pertama yang menjatuhkan Anwar ini. Tapi akhirnya setelah sekian lama mendiamkan diri, Umi Hafilda Ali kembali. Kembali membicarakan soal insan bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, apa agenda Umi kembali bersuara mengenai Anwar dan rakan-rakannya?

Adik bongsu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ini pernah menceritakan betapa peritnya beliau terpakasa menanggung caci maki di tempat-tempat awam semata-mata mendedahkan kebenaran mengenai sang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Beliau juga dituduh mendapat sogokan wang yang besar dari bekas Perdana Menteri Tun Mahathir untuk mendedahkan kebenaran mengenai Anwar. Walhal, semua itu tidak berlaku.

“Manusia memang cepat lupa. Jika kita kembali kepada rentetan sejarah, surat saya ditulis pada 5 Ogos 1997 dan kemudian saya ditahan oleh 50 orang polis pada 17 Ogos 1997 dan Anwar dipecat pada 2 September 1998. Kita boleh lihat jangka masa tindakan diambil dalam masa setahun. Jika saya anak emas Dr Mahathir, jika saya diupah, mengapa saya didera dri segi minda. Mengapa saya ditangkap ? Mengapa saya ditahan di rumah selama setahun ? Apabila saya lalui pelbagai kesukaran termasuk dimaki, dicarut dan di

baling batu, tidak pula Dr Mahathir menyelamatkan saya,” katanya.

Anwar juga kelihatan semakin meracau dengan kahadiran wanita ini. Maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber PKR ada menceritakan bahawa kemunculan semula Umi ini merupakan salah satu sebab utama sessi Road Show Anwar Ibrahim ke seluruh Negara dipercepat. Anwar khuatir akan kelibat Umi ini mendedahkan lagi beberapa kepincangan Anwar. Lanskap politik kini menyebabkan rakyat sudah mula mendengar dan menerima pendedahan Umi ini.

Ada juga sumber yang mendakwa bahawa Umi Hafilda akan menemui Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah bagi membincangkan kepincangan Anwar yang semakin rakus berkuasa. Wan Azizah diyakini lebih terbuka dalam hal berkenaan suaminya kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pendirian Anwar yang semakin bercelaru.


Jika benar akan ada pertemuan tersebut, semoga Wan Azizah akan lebih berani menentang suaminya yang dilihat semakin meracau untuk merampas Kerajaan Persekutuan. Wan Azizah dilihat sebagai balaci suaminya yang tidak mampu membuat sebarang keputusan parti yang beliau pimpin, iaitu PKR.


SYABAS UMI HAFILDA ALI.. RAKYAT SEMAKIN MENGHARGAI USAHAMU..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...