Wednesday, December 1, 2010

'Ketuanan Melayu untuk kaburkan Ketuanan Anwar'

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

dr shamsul amri"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.

pkr congress 281110 wan azizahKatanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.

Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.

(Selanjutnya..)

[ Tak ramai orang pada masa sekarang ini memandang seperti tidak bermakna apakah makna sebenar "Ketuanan Melayu" contohnya seperti Pemimpin nombor satu PKR Datin Seri Wan Azizah telah menyakan bahawa Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak-anak pada masa akan datang dapat hidup didalam keadaan yang lebih selesa. Sedangkan Ketuanan Melayu itu menjamin hak melayu pada masa akan datang selagi ada wujudnya melayu dibumi milik Tuhan ini.....Jadi apakah perjuangan PKR yang sebanarnya..?? Lihat Pulau Pinang bila mana ketuanan melayu itu tidak lagi bererti kepada bangsa lain. Apa jadi pada orang Melayu? So fikir-fikirkan la ye....]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...