Monday, December 20, 2010

DAP alat politik negara asing - Zahid

Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya adalah bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana dakwanya, parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.

Sambil menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain, beliau berkata, golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.

"Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.

"Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.

Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menempelak tindakan Guan Eng menuduh Utusan Malaysiaserta BN sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat.

Katanya, BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.

"Apakah akhbar Roket lebih baik daripada Utusan Malaysia? Akhbar inilah (Roket) yang menjadi lidah rasmi DAP untuk memecahbelahkan rakyat, berbeza dengan Utusan Malaysiayang menyampaikan suara rakyat tanpa mengira kaum, perjuangan rakyat menjadi agenda akhbar (Utusan) ini.

"Utusan Malaysia bukan lidah rasmi UMNO, lihatlah sejarah penubuhan Utusan dan jalan perjuangannya, akhbar ini bertindak serta terlibat secara langsung dalam menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah berbeza sama sekali dengan akhbar Roket," jelasnya.


[ Ini lah dia pengakuan yang dibuat oleh Bekas Ahli Kronik PKR yang pernah dipertandingkan di Dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor iaitu Zaid Ibrahim. Pengakuan yang dibuat seoralh-olah mencerminkan bahawa Sah dan TERANG LAGI BERSULUH bahawa ANWAR IBRAHIM mempunyai hubungan SULIT dengan ISRAEL.....yang menginginkan Malaysia dan rakyat nya berada didalam Keadaan yang kucar-kacir tak tentu arah sama seperti Indonesia....Apabila semuanya haru biru , maka senang la YAHUDI menakluki Malaysia.......Apabila kerajaan 1 Malaysia tumbang maka ISLAM , MELAYU , akan menjadi pencacai di bumi sendiri yang senang lenang SIAPA.......sekutu ANwar Ibrahim.....]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...