Saturday, December 18, 2010

RAKYAT PERLU TOLAK PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG ROSAKKAN IKLIM PELABURAN NEGARA

 Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara yang boleh menggugat kekhuatiran pelabur untuk terus membuat pelaburan yang menguntungkan negara pada masa depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan pemimpin itu yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetuskan huru hara dan menabur fitnah adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap negara.



"Kita tidak mahu rakyat negara luar melihat negara kita tidak selamat (untuk melabur) semata-mata ada pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak selamat demi kepentingan peribadi.
"Ini tidak benar malah rakyat kita kini hidup aman damai dengan mahu bersatu padu inginkan perubahan demi untuk mencari makan, mahu berniaga dan apa yang dilakukan pemimpin itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya



kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini.Mustapa berkata rakyat perlu menolak pemimpin itu pada pilihan raya umum akan datang kerana tindak tanduk mereka sebenarnya tidak boleh diterima rakyat.
"Kalau di negara luar pemimpin seperti itu sudah lama ditolak rakyat kerana apa yang dilakukan hanya pandai membuat fitnah semata-mata," katanya.



Beliau berkata hasil pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini rakyat telah mula menunjukkan semangat untuk berganding bahu bagi memajukan negara.
"Datuk Seri Najib sudah bawa banyak transformasi bagi memajukan negara dan kita perlu bersama beliau agar iklim pelaburan negara tidak terjejas seterusnya dapat melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi pada masa depan," katanya.



Sementara itu Mustapa berkata kementeriannya sentiasa memberikan galakan kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam bidang usahawan sehingga mereka berjaya.
Katanya negara kini juga sudah melahirkan golongan muda yang pakar dalam pelbagai bidang dan disebabkan itu tidak ada sebab negara tidak boleh berjaya pada masa depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...