Saturday, December 18, 2010

TINDAKAN MELAMPAU PEMBANGKANG MAHU JATUHKAN IMEJ NEGARA

Tindakan melampau wakil rakyat pembangkang yang menimbulkan kekecohan di Parlimen baru-baru adalah bertujuan menjatuhkan imej negara di mata dunia, kata anggota Parlimen kawasan Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.


Beliau berkata Parlimen merupakan kemuliaan dan kedaulatan institusi itu yang perlu dihormati dan dipelihara serta tidak boleh dicemarkan dengan tindak-tanduk yang bercangah dengan undang-undang.
"Perbuatan pembangkang mencerca Speaker merupakan satu penghinaan dan ini membuktikan pembangkang sanggup melakukan apa saja semata-mata memenuhi emosi politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Platun Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Felcra peringkat negeri Perak di sini hari ini.


Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata wakil rakyat yang tidak berpuas hati dengan Speaker sewajar membuat teguran secara sopan bukan dengan memaki hamun seperti yang dilakukan oleh pihak pembangkang.


"Pembangkang menggunakan undang-undang rimba dengan membelakangkan etika dan peraturan dalam Parlimen," katanya.



Para pengundi di kawasan pembangkang sewajrnya menilai semula wakil rakyat yang dipilih kerana dilihat berkelakuan biadap dan tidak layak menjadi pemimpin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...