Thursday, February 10, 2011

PERAMPAS ..PENYELEWENG DUIT RAKYAT



 Langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei disifatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata, ini kerana membiayai kos perundangan Shuhaimi yang kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dakwaan menghasut, bukanlah satu urusan rasmi kerajaan negeri.

"Sewajarnya, dana kerajaan negeri atau mana-mana dana awam tidak dibazirkan bagi tujuan seperti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dituduh membuat kenyataan menghasut dan juga menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui blognya.

Pian Hon berkata, tindakan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah tidak wajar dan tidak tepat untuk dilakukan dalam pengurusan sumber kewangan kerajaan negeri.

Katanya, Shuhaimi sepatutnya menanggung sendiri kos perundangan tersebut tanpa melibatkan dana awam memandangkan perbuatannya itu dilakukan secara peribadi.

"Sekiranya ahli politik PKR itu tidak mampu mendapatkan khidmat peguam, beliau boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman.

"Dana wang kerajaan negeri tidak seharusnya digunakan bagi membiayai kos perundangan ahli politik yang membuat kenyataan peribadi seperti itu," jelas beliau.

Menurut Pian Hon, sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menarik balik keputusan membantu ADUN Sri Muda tersebut dan pada masa sama, memohon maaf kepada rakyat Selangor atas kesilapan berkenaan.

[ Ini lah dia Pemimpin PKR yang tak sedar diri dan tidak kenang diuntung. Suke-suke je belanja duit rakyat untuk membiayai kos Perundangan ADUN Sri Muda yang telah didapati bersalah dibawah Akta Hasutan. Nak membela pun pakai la duit dari saluran YAHUDI ISRAEL bagi kat korang. Jangan seleweng duit rakyat Negeri Selangor. Dalam kes ni dah TERANG lagi BERSULUH sejauh mana tahap pemikiran MB Selangor. Macam ni ke Pemimpin Negeri Selangor akan datang ....huhuhuh.....RENUNG-RENUNGKAN......]

1 comment:

Iklanneka said...

yang si rosmah tu plak mcmna lak ceritanya? bukn rm100 ribu bukan rm200 ribu.. fikir2 kan berapa kosong nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...