Wednesday, February 9, 2011

NIK AZIZ DINASIHAT LETAK JAWATAN

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz dinasihatkan letak jawatan kerana selalu membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat dan tidak sesuai baginya untuk memperjuangkan Islam jika berkecimpung dalam dunia politik.

Faktor usia juga memainkan peranan kerana beliau didakwa sudah tua dan sepatutnya berehat dirumah daripada memikirkan masalah politik yang melanda dalaman parti, dan didakwa juga tidak telus kerana Islam yang dibawa Nik Aziz selalu menyelitkan unsur politik bertujuan menjaga kepentingan parti.

Nik Aziz harus sedar kerana dunia politik boleh menghalang seseorang daripada terus berjuang mengikut landasan sebenar, kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan ini selalu menyebabkan masyarakat keliru, kerana sebelum ini beliau dikatakan menyahut cabaran berdebatkan kononnya, akan tetapi kemudian menolak pula dengan memberikan bermacam alasan dan bersyarat pula.

Sekarang Nik Aziz boleh digelar sebagai panglipurala yang selalu mengadakan dan memusingkan cerita agar sedap didengar oleh orang ramai agar kusyuk dengan apa yang cuba disampaikan, yang terselit sedikit motif politik  yang bertujuan mendapat sokongan rakyat. 

Makin lama makin mengarut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan ni, sehingga sanggup mengampu dan mengagungkan DAP sebagai rakan parti yang sentiasa menjadi batu penghalang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Sebenarnya jika seseorang individu yang benar-benar ikhlas membawa Islam dalam perjuangannya tidak perlu melibatkan diri dalam parti politik, kerana dunia politik boleh menghalang atau memesongkan seseorang daripada mengikut landasan sebenar.

Seharusnya Nik Aziz letak jawatan sahaja kerana faktor usianya yang semakin lanjut, makin tua makin mengarut kenyataan yang dikeluarkan, adalah lebih baik diberikan saja yang lebih muda dan lebih matang memikirkan pula masalah parti beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...