Wednesday, January 5, 2011

Isu lantikan SUK: 300 tuntut Khalid letak jawatan

Tiga ratus penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah (SAAS) di Shah Alam, hari ini bagi membantah cara kerajaan negeri menangani pengendalian pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Mereka juga menuntut perletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana membantah pelantikan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderhakaan.
"Khalid adalah pengkhianat kepada Raja-raja Melayu. Beliau menipu rakyat dan memburukkan imej pentadbiran awam kerana kepentingan politik,” kata Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

Selain Gaps, antara yang terbabit dalam protes hari ini adalah ahli Umno, PERKASA dan Pemuda MCA.

[ Rakyat Selangor Semakin tertekan dengan tindakan Khalid Ibrahim yang sewenang2 melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru disabitkan tidak ubah seperti penderhaka. Perhimpunan ni sempat jugak PB hadir dan bertemu dengan beberapa orang ahli PKR yang berasa tidak selesa dengan tindakan Khalid Ibrahim dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan mengenepikan Sultan Selangor. Sempat jugak PB bertanyakan beberapa soalan kepada Ahli PKR tersebut sejauh mana sokongan mereka terhadap PKR Negeri Selangor, mereka dengan ikhlas menyatakan bahawa " Semakin Kurang , dan PKR semakin mengarut di dalam pemerintahan mereka di dalam Negeri Selangor . " ujar mereka lagi walaupun Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor namun tidak ada apa-aa perubahan yang dibawa baik di perkampungan mahu pun yang berada di bandar. Sama seperti zaman pemerintahan UMNO. Banyak perubahan yang berlaku malah Selangor menjadi Negeri paling kaya di Malaysia. Perkara ini fakta dan boleh di lihar secara jelas dan nyata. ]

RENUNG-RENUNGKAN.......

2 comments:

Anonymous said...

ko tanya org pkr ker ko tanya owng umngok??...

Anonymous said...

dalam hal ni.......aku rasa ...aku percaya pada PB....sebab aku kenal siapa PB.....orang nyer mcm mana....bila Lensa Camera dia menjunam pasti ada yang tak kena......malas mau cerita...kenal sangat2 dengan PB.....See you at Tenang,,,,PB best Of Luck for you...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...