Monday, January 10, 2011

ANAK LELONG GITAR ???

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempamerkan kemahiran muziknya untuk mengumpul dana untuk cabangnya, sebelum melelong gitar kesayangannya yang dihadiah 13 tahun lalu, oleh bapanya, beliau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dihadiahkan gitar kerana mendapat 8A dalam SPM. Ia antara segelintir hadiah yang diterima daripada bapa saya.

"Beliau jarang memberikan kami sesuatu, selain botol syampu daripada hotel beliau menginap," katanya disambut ketawa kira-kira 500 orang yang menghadiri majlis makan malam di Bangsar.

nurul izzah at fund-raising dinner for lembah pantai pkr playing the guitar frontGitar akustik Alvarez itu berjaya dilelong dengan harga RM12,000 kepada pembida yang mahu identitinya dirahsiakan.

Nurul Izzah sempat menghiburkan penonton dengan petikan lagu-lagu kumpulan rock alternatif Inggeris Radiohead.







[ Mengapa ini jadinya. Cabang tiada peruntukan dari yang tertinggi PKR. Sebab PKR tiada modal untuk terus berjuang , ini juga adalah petanda bahawa akan lumpuh lah PKR lembah Pantai tidak lama lagi. 

Ini juga telah jelas menunjukan bahawa PKR pusat sudah kekeringan Duit untuk diagihkan kepada Cabang-cabangya yang tumbuh seperti "HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU". Ini kah pemimpin yang bakal menerajui NEGARA??? PB tidak terfikir bahawa mereka akan mentadbir Negara dengan baik. 

PB tidak berfikir bahawa itu akan berlaku. Sedangkan Anwar Ibrahim Dilantik sebagai penasihat Ekonomi Negeri Selangor pun tidak ada ape-ape pun yang berlaku dalam Negeri Selangor. Nak kata berkembang pesat lebih daripada apa yang kerajaan sebelumnya telah buat , tak ada jugak.Still mcm dulu jugak....]

TENUNG-TENUNGKAN .....

7 comments:

Anonymous said...

haha.....memang kelakar jugak la si DSAI ni ....pukul sana sini bagi tau kat orang ramai bukan main lagi PKR dan PR tidak goyang ..kukuh....tapi apa telah jadi ......anak Anwar Ibrahim sendiri terpaksa jual gitar untuk mendapatkan peruntukan bagi Cabang Lembah Pantai...

Tidak Mustahil Nurul Ezzah akan bertukar angin dan berpatah balik kepada BN pada pilihanraya akan datang

Anonymous said...

kesian Ezzah dapat botol shampoo daripada hotel je....kekasih DSAI Assmin dapat katil mahal dan tilam, ratusan ribu ringgit

Iklanneka said...

klu btul2 pkr x der duit, pemimpin mcm nie la yg kita ptut skong n puji, demi rakyat harta sendiri d gadai bukan nyer demi diri harta rakyat trgadai.

bicarahatiey said...

tuan blog, tumpang lalu jap....
apa yg peliknyer kalau pkr lembah pantai xder duit? apa plak kaitannya nak menambahkan dana dgn x pandai nak mnguruskan wang?
menjadi kerajaan bukan bererti mentekedarah duit dari kerajaan sehingga nampak hebat n kaya...
menjadi kerajaan adalah bererti MENGURUSKAN harta rakyat...

I salute Izzah to let go her precious present from his papa to ensure their struggle goes on....
struggle for rakyat

Pengupas Bawang said...

Aiik....bapak dia DSAI pukul canang cerita sana sini ada peruntukan itu la ini la......sebab tu la ramai yang keluar PKR dengan isu x ada sebarang dana yang di salurkan kepada Cabang2 yang ahlinya telah keluar dari PKR....x kan x nampak lagi kot...itu yang jelas dan nyata...

bicarahatiey said...

peruntukan tu, bukan kena kuarkan duit sendri pn...kalu camtu, bill gates pn boleh bankrupt...x jd org kaya dah kalau semua pendapatan kena salurkan sbb nk perintah negara...

peruntukan yg dimaksudkan adalah hasil mahsul negara yg kaya ni... dari rakyat,kepada rakyat..so, everyone can get the benefit.

negara kaya sbb apa? sbb Allah kurniakan Malaysia ni dgn minyak, tanah-tanih yg subur utk bercucuk tanam, dsb...

Anonymous said...

Cik BicaraHatiey.......

Maksud oleh saya peruntukan tersebut adalah......PKR pernah mewar2kan bahawa PKR mempunyai dana sendiri untuk diagaih2 kan kepada cabang2 PKR yang ada. Cik bicarahatiey tau ke tak pasal benda tu......

Jika itu yang diwar2 oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia sedangkan Cabang anak dia sendiri x ada dana pun yang disalurkan ini membawa maksud DSAI adalah PENIPU....

Faham ke tidak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...